Wednesday, June 4, 2008

naik minyak...

perjalananan aku balik ke rumah jem...semua gara-gara harga minyak naik...semua gara-gara orang nak beli minyak murah...semua nak isi minyak...aku...malas nak layan..walau aku isi minyak malam ni...belum tentu harga minyak esok akan turun...aku akan tetap membayar harga minyak yang naik pada hari esok...aku naik motor je la pun...jimat sikit...yer memang jimat...minyak hitam dah 4 bulan tak tukar...hahaha...tapi kesesakan malam tadi bukan disebabkan harga minyak jek naik...aku pun turut sama naik minyak...gajah pun naik minyak...jalan jem...huru-hara..kelam kabut...sampaikan ada polis yang ditugas untuk mengawal lalulintas...

panas satu badan...aku terpaksa meliuk-liuk di sebalik kereta...kalau ada yang tercalar...minta maafla...aku tak perasan...tiada kemalangan berlaku sepanjang kesesakan berlaku...semua ok dalam penglihatan aku...tetapi ada juga pemandu yang marah kerana jalan nak pulang ke rumah sudah dihalang kenderaan yang beratur di stesen...melimpah-limpah sampai ke jalan utama...semua gara-gara minyak naik...harga minyak mahal...aku terfikir alangkah bagus kalau semua kereta boleh menggunakan bateri AA dua biji selama seminggu...alangkah bagus...lepas ni harga bateri pulak naik...penuh kedai-kedai runcit orang nak beli bateri...aku yang nak beli jajan terpaksa beratur panjang...aku naik bateri gamaknya...huh!...

2 comments:

miraa said...

hahaha. nk beli jajan? wakaka. lawak doe ayat ayat ko neh. aduh.

budakmiki said...

jajan sedap...aku suke jajan..hehe