Friday, May 30, 2008
Wednesday, May 28, 2008
dia amek satu...
Rozy...dia baru pindah ke rumah sewa...dah sebulan...rumah kampung...bersebelahan dengan tempat kerja dia...memang dekat....dia tinggal dengan pelajar kolej...cuti sudah bermula...tiga minggu lamanya...pelajar kolej semua balik kampung...dia...dia tinggal sorang-sorang...ya..sorang-sorang...
suatu pagi...dia menalifonku yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja...
'awk!!!orang ada rasa macam tak kena la...
''kenapa?'...
'ingat tak orang sms awak orang bagitau orang tengah makan biskut hari tu?'
'ingat...kenapa?'...dia memang suka sms aku bagitau dia tengah makan biskut...
'emm...masa makan biskut hari tu,ada biskut hilang satu...tapi tak tau sapa amek..dia hilang..'
'awak terlupa kot awk da makan?perasaan awk je tu..'...aku cuba tenangkan dia...
'betul...hilang satu...orang pasti...semalam orang ada masak dua ketul ayam...masa tengok balik lepas masak tinggal satu ketul jek...kalau jadi sekali takpe...ni dua kali dah'
'errr??...ye ke?mungkin perasaan awak je kot?'...walaupun aku sebenarnya dah rase pelik...takkan la dia tak pandai kira...
'tak la...betul hilang...'jawabnya
'cuba awak buat skali lagi...ada hilang tak lepas tu...mesti tak ada hilang lagi..'
'tak nak lah...mahu dia tunjuk muka pulak nanti...'dia bersungut...
aku dah seram...macam-macam muka aku bayang...ada yang...ada yang...ada yang...dah!dah!dah!...taknak fikir...
'rumah awak de orang masuk tak?'
'mane ada...semua cuti...orang sorang-sorang jek...pintu semua selak..'
'emm...'dia' nak makan je tu....lapar kot?dia amek satu'
'ish!!awk ni...orang nak ajak adik temankan la nanti...nak talifon dia suruh datang'
'ok jugak tu...nanti awak masak la 3 ketul ayam...'
'jahat!'
dia letak talifon...

Tuesday, May 27, 2008
tanya sama pokok...
tanya sama pokok
apa sebab goyang
nnt jawab pokok
angin yang goncang
tanya sama angin
apa sebab hujan
nanti jawab angin
tanyalah awan
awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair
tengok dalam air
ada bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang
..............
tiba-tiba lagu tu terngiang-ngiang di telinga aku berulang-ulang kali...hemm..aku teringatkan dia...ya...dia...

Monday, May 26, 2008
Kepala
Mengikut kajian aku...kepala manusia tidak boleh berpusing...sebanyak 360 darjah...aku mula buat kajian dengan melihat seorang wanita...yang cantik...yang seksi...berjalan di hadapanku...lalu dia berjalan mengelilingi melepasi belakang aku...aku cuba perhatikannya tanpa berkelip dengan kepala yang bergerak...kepala aku tidak dapat berpusing habis...aku tak dapat melihat dia di belakang ku...ya...kesimpulannya...kepala manusia memang tidak boleh berpusing sebanyak 360 darjah...
.
.
p/s : kajian dilakukan berdasarkan kajian yang dilakukan di dalam cerita Golden Boy..
.
.
p/s : kajian dilakukan berdasarkan kajian yang dilakukan di dalam cerita Golden Boy..
Friday, May 23, 2008
survey personaliti...
aku lahir pada bulan.....
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
hemm...agak2 aku ada ciri-ciri semua tu tak?aku pun tak tau....hahaha....

Kuasa...
kalau aku diberikan kuasa seorang superhero...aku nak kuasa jadi halimunan...sebab-sebabnya...
1.aku boleh naik keretapi,bas,kapal terbang,kapal laut percuma
2.aku boleh jadi egen penyiasatan dengan gaji riban-riban
3.bos tidak akan sedar kalau aku masuk lambat kat ofis
4.aku boleh berjalan-jalan di bandar sesuka hati tanpa merisaukan perompak yang nak rompak dompet aku
5.jika baju semua belum basuh,boleh keluar rumah dengan keadaan berbogel
6.boleh pegi sunway lagoon,zoo tanpa memerlukan bayaran masuk
7.boleh join angkasawan naik ke marikh (tetapi meninggal setelah setengah perjalanan sebab tak tahan tekanan udara)
8.aku boleh gunakan kuasa aku untuk tangkap penjenayah,menyerang sarang-sarang mereka
9.aku juga boleh jadi pembantu ahli magik untuk aksi terbang-terbang mereka
10.aku juga boleh menyelam tanpa merisaukan ikan jerung yang nak makan aku
kesimpulannya...jadi halimunan memang best...hahaha...

Thursday, May 22, 2008
Pandang-pandang
Di cafe...aku sedang makan mee goreng...aku memandang seorang gadis di suatu sudut...berkurung biru...dia sedang makan...dia perasan aku memandang dia...lalu dia memandang aku...aku pandang dia...dia pandang aku...aku pandang dia...dia pandang aku...dia pandang mee goreng aku...aku pandang nasi goreng dia...dia pandang mee goreng aku...aku pandang air laici dia...dia pandang teh o ais aku...dia pandang aku...aku pandang dia...proses berlarutan sehingga mee goreng aku habis...dia beredar tatkala aku mula membakar rokok aku...tiada ada apa pun terjadi...yang ada...hanyalah suatu proses pandang memandang...sekarang aku pandang dinding kosong pulak...
Wednesday, May 21, 2008
Selambe...
Aku nampak...sebuah kereta Waja...melanggar lampu isyarat merah di simpang empat...dia buat muka selamba je...aku nak beli kereta Waja itu...sebab dia boleh...langgar lampu isyarat merah...mamak!!!kereta waja satu!!
Tuesday, May 20, 2008
Jason
Dia slalu teman kemana-mana aku pergi....samada berjalan-jalan...bermain...kami selalu berkejar-kejaran...nama dia Jason...dia ialah seekor anjing...namanya diberi sempena nama Power Rangers merah ketika itu...dibela dari kecil sehingga besar...pelbagai peristiwa kami lalui bersama...juga bersama adik-adikku yang lain...selalu menjaga teratak usang kami dengan baik...merupakan seorang teman yang sangat setia...tatkala kami ingin pulang ke kampung di Perak...dia akan mengejar kami takut kami lari daripadanya...dia ingin ikut...pernah sekali dia mengikutku sehinggga ke sekolah...ayahku membawanya balik...pernah dia dipatuk ular senduk...badannya berlubang...semata-mata untuk menjaga keselamatan kami...pernah banyak kali dia menggonggong setiap orang yang tidak dikenali datang ke rumah...dia fikir perompak agaknya...pernah sekali dia memanggil kami sewaktu tidur..sebab kala jengking sedang merangkak masuk ke dalam rumah...dia sangat baik...aku sayang dia seperti seorang adik bagi aku...yang paling bongsu sudah tentu..bila namanya dipanggil...dia akan segera datang...walau apapun yang dilakukannya...dia bijak..bila disuruh lari...dia akan lari...mengikut kata...kami ada membelikannya rantai yang terdapat lesen berwarna emas...cantik...
suatu hari majlis bandaraya datang ingin menangkapnya...sebab dia tidak boleh berkeliaran di kawasan pekan...Jason lari ke bawah rumahku...dia takut...kami menyuruhnya berlari...pekerja majlis sudah hampir di rumah aku...akhirnya dia lari mendapatkan ayahku yang bekerja di pejabat Pos...ayahku menyorokkan di ofis...dia pandai...tetapi nasib tidak tentunya berjaya untuk kali kedua...suatu hari...pekerja majlis telah menemuinya...dia menyorok di bawah kereta...akhirnya dia dikepung...kami menyuruhnya lari...tapi tidak boleh....dia terperangkap...dikeluarkan dari bawah kereta dengan leher diikat...dia menggonggong-gonggong memanggil aku...kakinya menahan tarikan yang kuat...kepalanya dipaling ke arahku...matanya seperti ingin menangis...minta dilepaskan...aku tidak dapat berbuat apa-apa...aku masih kecil ketika itu...dia diangkat ke dalam lori...aku sayu..sedih..sebak...aku menangis...

Terima Kasih Khas
Khas Kepada En.Lapan...aku ingin mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kerana membenarkan aku menjadi gila...kerana....kerana memperkenalkan blog kepada aku...hehe...di sini aku boleh menceritakan peristiwa-peristiwa yang aku alami setiap hari...ya..aku memang serba tidak kena...hari-hari pun ada perkara pelik-pelik dalam hidup aku....terima kasih kepada beliau setinggi-tingginya...tanpamu..siapalah daku...chewah...hahaha! tapi aku memang bukan sesiapa pun...emm...siapa aku?...ya...aku berada di antara imaginasi dan halusinasi...itu aku...hahaha...terima kasih kepada senior Lapan!chaiyok!....
Selamat Pengantin Baru
Bulan ni ramai kawan aku kahwin...meriah...ramai yang datang...lagu-lagu lama didendangkan...setiap pasangan meriah dengan salinan diraja mereka..ada merah,ada kuning,ada oren,ada hijau,ada biru....berkilat-kilat...memancar-mancar tatkala matahari tegak atas kepala...aku pun kenyang...makan macam-macam...ada daging,ada ayam masak merah,bla,bla...macam-macam ada...ade yang kahwin di Gombak, Merlimau, Muar, Kg.Raja,Perak...seronok...jalan-jalan cari makan...aku ucapkan Selamat Pengantin Baru...kepada semua yang baru berkahwin....Selamat Menjadi Bapa...Selamat Menjadi Ibu...huhu...semoga berbahagia hingga ke anak cucu...aku bila?tunggu ada perempuan datang meminang aku....hahaha
Friday, May 16, 2008
Love bite didadaku
uuu...indah sungguh pagi semalam...aku tidak akan lupa saat itu...keghairahan...kesannya masih ada sehinggake hari ini...didadaku...didadaku...ya...didadaku hanya ada kamu...seperti ditakdirkan...kami bertemu...di Jalan Kuching...pertemuan indah yang penuh bererti...tetapi...tidak lama...dia terpaksa pergi meninggalkan aku...percintaan kami mungkin hanya seketika...seperti angin lalu...dia menghadiahi aku dengan sebuah kenangan...ya...didadaku...dadaku diratahnya...aku merelakan setiap saat itu...merah kesannya gincunya...'mungkin kami tidak sepadan'...itulah yang mungkin difikirkannya...aku keliru...tanpa rela aku melepaskan dia...walaupun hatiku meronta-ronta...kepada si dia...jika kamu ada terbaca blog ini...aku amat ingin mengenalimu dengan lebih dekat lagi...balaslah mesejku ini...aku mencintaimu wahai sang tebuan...aku merindui saat-saat itu...aku merindui love bite mu....mmmuuaahhhh...aku masih lagi mengusap-usap bahagian gigitanmu...gatal...
Wednesday, May 14, 2008
ultraman...(edisi aku karut lagi..haha)
'kalau aku Ultraman Seven....adakah aku adik beradik kepada Ultraman Lapan dan Sembilan?mana mereka?adakah aku mempunyai adik yang dinamakan sebagai Ultraman Sick?...hemm...ultraman Seven anak angkat?!sape kata tu?...sape?sape?..arghh...!!'(sambil tangan menggaru kepala, berlari-lari anak di sekeliling planet marikh)...gila sekejap...sebentar kemudian raksasa gorgon sampai ke bumi membuat onar...lepaskan geram...aku belasah cukup-cukup...sesudahnya aku kata,'baru puas hati aku sekarang...hahaha'...gila lagi...kali ini terjongket-jongket pula...Ari dari Planet of the Ape sedang menoropong ke bumi...lalu berkata....'eh!anak kita tu bang!!!'....
Katak oh katak!
'katak oh katak!kenapa kau panggil hujan?''macamane aku x panggil,ular nak makan aku' begitulah jawapan katak memberi alasan,meyalahkan yang lain...dia tidak tahu yang ular tu boleh makan dia bila-bila masa je...huhu...mengapa katak selalu dikaitkan dengan hujan?...ya...mngkinsebab merekalah yang paling gembira selapas hujan...ong!ong!ong!onggedekgedek...slalu...buat parti dibelakang rumah aku selepas hujan...setahu aku mereka membuat bunyi itu untuk mendapatkan pasangan mengawan...emm..teringat aku tentang perbualan orang tua di kampung aku...yang seorang ni baru mengandung...sudah lama dia tidak...bila ditanya kenapa aktif semula?...jawabnya...'hujan...sejuk...'sambil tersenyum...hemm...membuat aku berimaginasi...mungkinkah kita juga mempunyai ciri-ciri spesis katak?emm?...jom nyanyi lagi...'katak oh katak!kenapa kau panggil hujan?''macamane aku x panggil,ular nak makan aku'...yeah!!!
Lipas oh lipas!
Jikalau seekor lipas mampu berkata-kata...mesti dia akan kata...'emak!abah!cepat lari!raksasa dah datang!'...bagaikan raksasa setinggi godzilla..memakai topeng mulut...menyembur cecair maut dari hujung muncung besi...pssst!pssst!psst!berkali-kali...kasihan kepada warga lipas...berlari-lari mencari perlindungan di celah-celah kotak dan kuali fikirku...hemm...kepada yang tidak sempat melarikan diri mesti sudah terlentang di medan juang...mesti ada yang menjadi anak yatim pada hari ini...aku memerhati dari jauh pekerja dari syarikat penghapus serangga melakukan kerja mereka...sambil meneguk teh tarik...pada waktu petang kebiasaan...di kafe tingkat Lower Ground 1 ofis aku...peperangan masih lagi meletus...dan aku pasti...lebih banyak lagi akan terkorban...ya...aku akan binakan tugu untuk mereka...
Subscribe to:
Posts (Atom)