Wednesday, May 14, 2008
Lipas oh lipas!
Jikalau seekor lipas mampu berkata-kata...mesti dia akan kata...'emak!abah!cepat lari!raksasa dah datang!'...bagaikan raksasa setinggi godzilla..memakai topeng mulut...menyembur cecair maut dari hujung muncung besi...pssst!pssst!psst!berkali-kali...kasihan kepada warga lipas...berlari-lari mencari perlindungan di celah-celah kotak dan kuali fikirku...hemm...kepada yang tidak sempat melarikan diri mesti sudah terlentang di medan juang...mesti ada yang menjadi anak yatim pada hari ini...aku memerhati dari jauh pekerja dari syarikat penghapus serangga melakukan kerja mereka...sambil meneguk teh tarik...pada waktu petang kebiasaan...di kafe tingkat Lower Ground 1 ofis aku...peperangan masih lagi meletus...dan aku pasti...lebih banyak lagi akan terkorban...ya...aku akan binakan tugu untuk mereka...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
.. tak yah kau nak bina tugu.. tu cawan kau tu.. diambil dari medan peperangan la tu... kan ada perisa tambahan tu... TEH TARIK PERISA AEROSOL~! hihihihi~!
aku kan Mikimus...aku kawan dgn encik Lipas tau...cit...cit...cit...
Post a Comment