Wednesday, May 28, 2008

dia amek satu...

Rozy...dia baru pindah ke rumah sewa...dah sebulan...rumah kampung...bersebelahan dengan tempat kerja dia...memang dekat....dia tinggal dengan pelajar kolej...cuti sudah bermula...tiga minggu lamanya...pelajar kolej semua balik kampung...dia...dia tinggal sorang-sorang...ya..sorang-sorang...

suatu pagi...dia menalifonku yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja...

'awk!!!orang ada rasa macam tak kena la...
''kenapa?'...
'ingat tak orang sms awak orang bagitau orang tengah makan biskut hari tu?'
'ingat...kenapa?'...dia memang suka sms aku bagitau dia tengah makan biskut...
'emm...masa makan biskut hari tu,ada biskut hilang satu...tapi tak tau sapa amek..dia hilang..'
'awak terlupa kot awk da makan?perasaan awk je tu..'...aku cuba tenangkan dia...
'betul...hilang satu...orang pasti...semalam orang ada masak dua ketul ayam...masa tengok balik lepas masak tinggal satu ketul jek...kalau jadi sekali takpe...ni dua kali dah'

'errr??...ye ke?mungkin perasaan awak je kot?'...walaupun aku sebenarnya dah rase pelik...takkan la dia tak pandai kira...
'tak la...betul hilang...'jawabnya
'cuba awak buat skali lagi...ada hilang tak lepas tu...mesti tak ada hilang lagi..'
'tak nak lah...mahu dia tunjuk muka pulak nanti...'dia bersungut...

aku dah seram...macam-macam muka aku bayang...ada yang...ada yang...ada yang...dah!dah!dah!...taknak fikir...

'rumah awak de orang masuk tak?'
'mane ada...semua cuti...orang sorang-sorang jek...pintu semua selak..'
'emm...'dia' nak makan je tu....lapar kot?dia amek satu'
'ish!!awk ni...orang nak ajak adik temankan la nanti...nak talifon dia suruh datang'
'ok jugak tu...nanti awak masak la 3 ketul ayam...'
'jahat!'

dia letak talifon...

Tuesday, May 27, 2008

tanya sama pokok...

tanya sama pokok
apa sebab goyang
nnt jawab pokok
angin yang goncang

tanya sama angin
apa sebab hujan
nanti jawab angin
tanyalah awan

awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair

tengok dalam air
ada bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang

..............

tiba-tiba lagu tu terngiang-ngiang di telinga aku berulang-ulang kali...hemm..aku teringatkan dia...ya...dia...

Monday, May 26, 2008

Kepala

Mengikut kajian aku...kepala manusia tidak boleh berpusing...sebanyak 360 darjah...aku mula buat kajian dengan melihat seorang wanita...yang cantik...yang seksi...berjalan di hadapanku...lalu dia berjalan mengelilingi melepasi belakang aku...aku cuba perhatikannya tanpa berkelip dengan kepala yang bergerak...kepala aku tidak dapat berpusing habis...aku tak dapat melihat dia di belakang ku...ya...kesimpulannya...kepala manusia memang tidak boleh berpusing sebanyak 360 darjah...
.
.
p/s : kajian dilakukan berdasarkan kajian yang dilakukan di dalam cerita Golden Boy..

Friday, May 23, 2008

survey personaliti...

aku lahir pada bulan.....
DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

hemm...agak2 aku ada ciri-ciri semua tu tak?aku pun tak tau....hahaha....

Kuasa...

kalau aku diberikan kuasa seorang superhero...aku nak kuasa jadi halimunan...sebab-sebabnya...

1.aku boleh naik keretapi,bas,kapal terbang,kapal laut percuma
2.aku boleh jadi egen penyiasatan dengan gaji riban-riban
3.bos tidak akan sedar kalau aku masuk lambat kat ofis
4.aku boleh berjalan-jalan di bandar sesuka hati tanpa merisaukan perompak yang nak rompak dompet aku
5.jika baju semua belum basuh,boleh keluar rumah dengan keadaan berbogel
6.boleh pegi sunway lagoon,zoo tanpa memerlukan bayaran masuk
7.boleh join angkasawan naik ke marikh (tetapi meninggal setelah setengah perjalanan sebab tak tahan tekanan udara)
8.aku boleh gunakan kuasa aku untuk tangkap penjenayah,menyerang sarang-sarang mereka
9.aku juga boleh jadi pembantu ahli magik untuk aksi terbang-terbang mereka
10.aku juga boleh menyelam tanpa merisaukan ikan jerung yang nak makan aku

kesimpulannya...jadi halimunan memang best...hahaha...

Thursday, May 22, 2008

Pandang-pandang

Di cafe...aku sedang makan mee goreng...aku memandang seorang gadis di suatu sudut...berkurung biru...dia sedang makan...dia perasan aku memandang dia...lalu dia memandang aku...aku pandang dia...dia pandang aku...aku pandang dia...dia pandang aku...dia pandang mee goreng aku...aku pandang nasi goreng dia...dia pandang mee goreng aku...aku pandang air laici dia...dia pandang teh o ais aku...dia pandang aku...aku pandang dia...proses berlarutan sehingga mee goreng aku habis...dia beredar tatkala aku mula membakar rokok aku...tiada ada apa pun terjadi...yang ada...hanyalah suatu proses pandang memandang...sekarang aku pandang dinding kosong pulak...