Tuesday, May 27, 2008

tanya sama pokok...

tanya sama pokok
apa sebab goyang
nnt jawab pokok
angin yang goncang

tanya sama angin
apa sebab hujan
nanti jawab angin
tanyalah awan

awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair

tengok dalam air
ada bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang

..............

tiba-tiba lagu tu terngiang-ngiang di telinga aku berulang-ulang kali...hemm..aku teringatkan dia...ya...dia...

Monday, May 26, 2008

Kepala

Mengikut kajian aku...kepala manusia tidak boleh berpusing...sebanyak 360 darjah...aku mula buat kajian dengan melihat seorang wanita...yang cantik...yang seksi...berjalan di hadapanku...lalu dia berjalan mengelilingi melepasi belakang aku...aku cuba perhatikannya tanpa berkelip dengan kepala yang bergerak...kepala aku tidak dapat berpusing habis...aku tak dapat melihat dia di belakang ku...ya...kesimpulannya...kepala manusia memang tidak boleh berpusing sebanyak 360 darjah...
.
.
p/s : kajian dilakukan berdasarkan kajian yang dilakukan di dalam cerita Golden Boy..

Friday, May 23, 2008

survey personaliti...

aku lahir pada bulan.....
DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

hemm...agak2 aku ada ciri-ciri semua tu tak?aku pun tak tau....hahaha....

Kuasa...

kalau aku diberikan kuasa seorang superhero...aku nak kuasa jadi halimunan...sebab-sebabnya...

1.aku boleh naik keretapi,bas,kapal terbang,kapal laut percuma
2.aku boleh jadi egen penyiasatan dengan gaji riban-riban
3.bos tidak akan sedar kalau aku masuk lambat kat ofis
4.aku boleh berjalan-jalan di bandar sesuka hati tanpa merisaukan perompak yang nak rompak dompet aku
5.jika baju semua belum basuh,boleh keluar rumah dengan keadaan berbogel
6.boleh pegi sunway lagoon,zoo tanpa memerlukan bayaran masuk
7.boleh join angkasawan naik ke marikh (tetapi meninggal setelah setengah perjalanan sebab tak tahan tekanan udara)
8.aku boleh gunakan kuasa aku untuk tangkap penjenayah,menyerang sarang-sarang mereka
9.aku juga boleh jadi pembantu ahli magik untuk aksi terbang-terbang mereka
10.aku juga boleh menyelam tanpa merisaukan ikan jerung yang nak makan aku

kesimpulannya...jadi halimunan memang best...hahaha...

Thursday, May 22, 2008

Pandang-pandang

Di cafe...aku sedang makan mee goreng...aku memandang seorang gadis di suatu sudut...berkurung biru...dia sedang makan...dia perasan aku memandang dia...lalu dia memandang aku...aku pandang dia...dia pandang aku...aku pandang dia...dia pandang aku...dia pandang mee goreng aku...aku pandang nasi goreng dia...dia pandang mee goreng aku...aku pandang air laici dia...dia pandang teh o ais aku...dia pandang aku...aku pandang dia...proses berlarutan sehingga mee goreng aku habis...dia beredar tatkala aku mula membakar rokok aku...tiada ada apa pun terjadi...yang ada...hanyalah suatu proses pandang memandang...sekarang aku pandang dinding kosong pulak...

Wednesday, May 21, 2008

Selambe...

Aku nampak...sebuah kereta Waja...melanggar lampu isyarat merah di simpang empat...dia buat muka selamba je...aku nak beli kereta Waja itu...sebab dia boleh...langgar lampu isyarat merah...mamak!!!kereta waja satu!!

Tuesday, May 20, 2008

Jason

Dia slalu teman kemana-mana aku pergi....samada berjalan-jalan...bermain...kami selalu berkejar-kejaran...nama dia Jason...dia ialah seekor anjing...namanya diberi sempena nama Power Rangers merah ketika itu...dibela dari kecil sehingga besar...pelbagai peristiwa kami lalui bersama...juga bersama adik-adikku yang lain...selalu menjaga teratak usang kami dengan baik...merupakan seorang teman yang sangat setia...tatkala kami ingin pulang ke kampung di Perak...dia akan mengejar kami takut kami lari daripadanya...dia ingin ikut...pernah sekali dia mengikutku sehinggga ke sekolah...ayahku membawanya balik...pernah dia dipatuk ular senduk...badannya berlubang...semata-mata untuk menjaga keselamatan kami...pernah banyak kali dia menggonggong setiap orang yang tidak dikenali datang ke rumah...dia fikir perompak agaknya...pernah sekali dia memanggil kami sewaktu tidur..sebab kala jengking sedang merangkak masuk ke dalam rumah...dia sangat baik...aku sayang dia seperti seorang adik bagi aku...yang paling bongsu sudah tentu..bila namanya dipanggil...dia akan segera datang...walau apapun yang dilakukannya...dia bijak..bila disuruh lari...dia akan lari...mengikut kata...kami ada membelikannya rantai yang terdapat lesen berwarna emas...cantik...

suatu hari majlis bandaraya datang ingin menangkapnya...sebab dia tidak boleh berkeliaran di kawasan pekan...Jason lari ke bawah rumahku...dia takut...kami menyuruhnya berlari...pekerja majlis sudah hampir di rumah aku...akhirnya dia lari mendapatkan ayahku yang bekerja di pejabat Pos...ayahku menyorokkan di ofis...dia pandai...tetapi nasib tidak tentunya berjaya untuk kali kedua...suatu hari...pekerja majlis telah menemuinya...dia menyorok di bawah kereta...akhirnya dia dikepung...kami menyuruhnya lari...tapi tidak boleh....dia terperangkap...dikeluarkan dari bawah kereta dengan leher diikat...dia menggonggong-gonggong memanggil aku...kakinya menahan tarikan yang kuat...kepalanya dipaling ke arahku...matanya seperti ingin menangis...minta dilepaskan...aku tidak dapat berbuat apa-apa...aku masih kecil ketika itu...dia diangkat ke dalam lori...aku sayu..sedih..sebak...aku menangis...