Sunday, July 13, 2008

ramai....

seorang kawan aku....bernama Hambalis...bagi aku dia seorang kasanova....ye ke?hahaha...dia mengaku kat aku yang dia tak ada awek.....tapi aku tengok kawan perempuan dia ramai....tapi tidak pernah mengaku seorang pun awek dia....mungkin sebab dia masih mencari....menulis mesej tidak pernah putus dari tangan...entah sesiapa dia bermesej...mungkin kawannya...mungkin kawannya lagi...atau mungkin dia bukan kasanova sebenarnya...mungkinkah dia wayarnova?....ataupun batanova?....entahlah....
.
.

potong...

"aney!kasi potong sume...kasi satu inci...tak nak cukur...stail "gayboy"..."

"wokeh!"

cermin mata dicabut...dia mula memotong rambut aku pada bahagian tepi dahulu dengan mesin...emm...aku lihat-lihat cermin hadapan...aku jeling-jeling...aku amati dengan perlahan-perlahan...aku rasa tak berapa kena...

"aney!kasi mesin semua sekali!"

"semua?"......"ya semua"....

ok!....aku dah puas hati...sekarang dah kurang perbelanjaan aku nak beli minyak rambut...
.
.

Saturday, July 12, 2008

dah lama...


haha...akhirnya...komputer aku dibekalkan dengan Streamyx!...haha...lama dah aku tunggu...sebelum ni aku pakai Tmnet....kelajuannya ada la dalam 52Kbps...wahahah....berkurun tunggu nak 'loading'....la ni da ok...aku tengok kengkawan aku pakai Streamyx...aku jeles...aku nak satu!...sekarang dah dapat...haha...satu hari senyum lebar sampai ke telinga...laju pun laju...emm...aku kalau boleh nak pakai yang 4Mbps...tapi kat area aku ni boleh dalam 1Mbps...jadila...
.
.
.

Thursday, July 10, 2008

waha...

sekali lagi aku datang awal...hahaha...dah buang tabiat?tidak.......masih tidak.....

lelah...

semalam bangunan kat ofis aku ada lif terbakar....jadi semua orang tak boleh naik lif...kawan aku Adam tersangkut dalam lif....aku pulak mendaki bangunan setinggi 21 tingkat ni melalui tangga...ofis aku paling paling atas sekali...huh!penat!datang awal pun lambat jugak...saja pagi -pagi nak 'exercise'...itu pun dah tercungap-cungap...harap-harap ofis aku takdela nak pindah ke bangunan 100 tingkat punya...kalau ada la yang bangunan 100 tingkat tu nanti....kalau ada...harap takde...

Wednesday, July 9, 2008

kad sim...

hari ini aku cuti...aku 'overdose' lagi...sebab banyak kerja...petang aku dah rilek sikit...aku bercadang nak ke Maxis Centre di Rawang...aku nak pergi ambil balik nombor aku...bukan nombor ekor yea!...nombor talifon...

setibanya di situ...aku terus ke kaunter di mana ada seorang awek Cina sedang menunggu..

"emm..saya nak tanya...saya nak ambil balik nombor lama saya..." tak habis aku teruskan ayat aku dia memintas..."sila ke kaunter nombor 3"

"nombor 3?"......"ya..nombor 3"..."terima kasih"...

hanya beberapa langkah aku sampai di kaunter nombor 3....seorang awek melayu sedang menunggu....cantik...rambutnya terkena karat air hujan...

"saya nak ambil balik nombor lama saya...kad sim saya rosak...mungkin 'short'... "kata aku

" 'short'?terkena elektrik ke?kad sim terbakar?"sambil ketawa....dia berlawak dengan aku...

"mungkin jugala....hahahaha"....pandai dia buat lawak....

"da berapa lama pakai nombor ni?berapa sekali 'topup' dalam sebulan?tak nak tukar kepada 'line' ke?kan senang?"

"da lama juga saya pakai...dah lebih 2 tahun...kenapa nak tukar kepada line?kalau pakai topup boleh 'control' penggunaan talifon...lagipun.....err...awek-awek kedai 'topup' ni kebanyakannya cun-cun.....rugi jumpa sekali sebulan"

"hahaha....rupanya ada maksud juga di sebalik kad sim topup ni yea?"balasnya...

"mestila..."...setelah mendapat kad sim baru aku beredar dan dihadiahi dengan sebuah ucapan terima kasih dan sekuntum senyuman paling manis.....tiada......tiada maksud lain...

Tuesday, July 8, 2008

spastik...

aku pernah digelar sebagai budak spastik suatu ketika dahulu...walaupun masa dah berlalu...aku tetap spastik dari dahulu,kini dan selamanya....hahaha...(sambil loncat-loncat tangan dihayun-hayun)