Saturday, July 12, 2008

dah lama...


haha...akhirnya...komputer aku dibekalkan dengan Streamyx!...haha...lama dah aku tunggu...sebelum ni aku pakai Tmnet....kelajuannya ada la dalam 52Kbps...wahahah....berkurun tunggu nak 'loading'....la ni da ok...aku tengok kengkawan aku pakai Streamyx...aku jeles...aku nak satu!...sekarang dah dapat...haha...satu hari senyum lebar sampai ke telinga...laju pun laju...emm...aku kalau boleh nak pakai yang 4Mbps...tapi kat area aku ni boleh dalam 1Mbps...jadila...
.
.
.

Thursday, July 10, 2008

waha...

sekali lagi aku datang awal...hahaha...dah buang tabiat?tidak.......masih tidak.....

lelah...

semalam bangunan kat ofis aku ada lif terbakar....jadi semua orang tak boleh naik lif...kawan aku Adam tersangkut dalam lif....aku pulak mendaki bangunan setinggi 21 tingkat ni melalui tangga...ofis aku paling paling atas sekali...huh!penat!datang awal pun lambat jugak...saja pagi -pagi nak 'exercise'...itu pun dah tercungap-cungap...harap-harap ofis aku takdela nak pindah ke bangunan 100 tingkat punya...kalau ada la yang bangunan 100 tingkat tu nanti....kalau ada...harap takde...

Wednesday, July 9, 2008

kad sim...

hari ini aku cuti...aku 'overdose' lagi...sebab banyak kerja...petang aku dah rilek sikit...aku bercadang nak ke Maxis Centre di Rawang...aku nak pergi ambil balik nombor aku...bukan nombor ekor yea!...nombor talifon...

setibanya di situ...aku terus ke kaunter di mana ada seorang awek Cina sedang menunggu..

"emm..saya nak tanya...saya nak ambil balik nombor lama saya..." tak habis aku teruskan ayat aku dia memintas..."sila ke kaunter nombor 3"

"nombor 3?"......"ya..nombor 3"..."terima kasih"...

hanya beberapa langkah aku sampai di kaunter nombor 3....seorang awek melayu sedang menunggu....cantik...rambutnya terkena karat air hujan...

"saya nak ambil balik nombor lama saya...kad sim saya rosak...mungkin 'short'... "kata aku

" 'short'?terkena elektrik ke?kad sim terbakar?"sambil ketawa....dia berlawak dengan aku...

"mungkin jugala....hahahaha"....pandai dia buat lawak....

"da berapa lama pakai nombor ni?berapa sekali 'topup' dalam sebulan?tak nak tukar kepada 'line' ke?kan senang?"

"da lama juga saya pakai...dah lebih 2 tahun...kenapa nak tukar kepada line?kalau pakai topup boleh 'control' penggunaan talifon...lagipun.....err...awek-awek kedai 'topup' ni kebanyakannya cun-cun.....rugi jumpa sekali sebulan"

"hahaha....rupanya ada maksud juga di sebalik kad sim topup ni yea?"balasnya...

"mestila..."...setelah mendapat kad sim baru aku beredar dan dihadiahi dengan sebuah ucapan terima kasih dan sekuntum senyuman paling manis.....tiada......tiada maksud lain...

Tuesday, July 8, 2008

spastik...

aku pernah digelar sebagai budak spastik suatu ketika dahulu...walaupun masa dah berlalu...aku tetap spastik dari dahulu,kini dan selamanya....hahaha...(sambil loncat-loncat tangan dihayun-hayun)

Monday, July 7, 2008

kain...


suatu pagi aku terima panggilan dari Rozy....

"awak!budak itu asyik bising je mengumpat orang sana mengumpat orang sini.tak tahan la nak dengar"

"dia cerita pasal apa?" aku

"dia asyik mengumpat orang lain jek.kata yang itu tak kena,yang ini tak kena.marah orang lain.suka-suka dia jaga tepi kain orang lain tau!biarlah diorang semua itu,sibuk-sibuk jek nak ambil tahu.yang kita terpaksa la dengar leteran dia.huh!"

"awak nasihatkan lah dia suruh berhenti je kerja kat situ.tempat itu tak sesuai.tak pun suruh budak-budak ofis dia pakai seluar,tak dapat la dia jaga tepi kain orang...tak pun suruh dia jual kain kat pasar malam ataupun suruh dia jaga kain-kain yang ditempatkan dalam stor,mesti dia suka.hehehe" aku

"ye la tu!"

(perbincangan seterusnya adalah berkaitan dengan baju kurung raya dia yang baru nak tempah)
heh~!

Sunday, July 6, 2008

busuk...


.
orang kata rahsia lelaki ni nak ngorat awek tak payah mandi pagi....hemmm...rasenya aura kelelakian akan terserlah jika seorang lelaki tak mandi....hahaha....mungkin kerna bauan yang dapat menarik perhatian kaum wanita....seperti kucing lelaki yang tak mandi tetapi diidam-idamkan oleh setiap kucing wanita....dan aku...dah 2 hari tak mandi...duk kat ofis dari hari Jumaat sampai Ahad...mesti ramai wanita yang cuba-cuba ngorat aku nanti ("perasan!!!"kata seseorang itu...)...hahahaha...aku dah bucuk!meh cepat meh!...(aku dapat rasakan mereka lari bertempiaran bila nampak aku....cam lipas)...tak pe korang....nanti aku balik rumah...aku mandi sabun banyak-banyak....aku pakai bedak banyak-banyak...baru kau tau!ahaha.....
.
.