Monday, December 29, 2008

rinduku...

ahh...entah kenapa rinduku terhadap berger kat mcD semalam membuak-buak...
aku terasa sangat nak makan Double Cheese Burger...yang dihidangkan oleh seorang gadis manis itu...uhhh...
malangnya....impian aku sukar untuk dijadikan kenyataan...
aku pasrah...kita berjumpa di lain hari ya....ya?...ya?...
hari ini...pandangan ku kabur...semakin kabur....
jalan di hadapan tidak dapat kupastikan.....kening berkerut...

cermin mata aku patah...aku pijak selepas aku balik mandi...yang mandiku itu berangankan berger...aku pasrah....kenapaaaaaa~!!!!!???

ari ini semakin cerah...aku dah ikat dengan selofan tape...harap kawan-kawan aku kat ofis tak ketawa...

sepaider

sewaktu kecil
antara binatang yang aku bela adalah labah-labah
simpan di dalam bekas kaset..
yang juga diletakkan daun-daun...
berharap supaya labah-labah itu tidak boring...
bolehla dia main nyorok-nyorok di sebalik daun-daun tersebut...
semut aku kasi dia makan...
entah dia makan semut ke tak...
bodoh...tengok orang lain main labah-labah...aku pun nak ikut...
semak-samun tepi rumah aku teroka...
nak tangkap labah-labah punya pasal...

hari ini aku dah tak tangkap labah-labah lagi...
aku dah besar...
aku dah tak ingat pun nak tangkap labah-labah lagi...
tapi sekali sekala kalau aku teringat...

aku akan ingat sekali ular yang pernah aku jumpa masa tangkap labah-labah...
eeiiii......

Monday, December 1, 2008

hari ini

pada 24 tahun yang lalu...
dia lahir kedunia...
tiada apa pun yang diketahuinya...
layaknya hanya menangis...
hari bersilih ganti...
tahun berganti tahun...
sekarang dia sudah besar...
dah tau macam-macam...


hari ini hari lahir aku...
terima kasih ibu....

Monday, November 3, 2008

wushu king~!

pergh~!
dah lama tak berjumpa kawan baik aku yang seorang ni
dia masih lagi membuat pengajian Arkitektur di salah sebuah Universiti tempatan...
UIA...ya...dia di situ..
dimana ada ramai gadis-gadis yang comel-comel...
dimana bibir aku akan sentiasa mengukir senyuman paling manis...
dimana ayat-ayat cinta beralun sumbang...
dimana...
ok...berbalik...
kawan aku ni lelaki...walaupun lelaki tetapi dia pun comel jugak...
dah semakin tembam...hahaha~!ada la dah pregnant 3 bulan agaknya...ekeke..
wat pertama kalinya setelah sekian lama..
aku berjumpa dengannya di malam Maskara Shorties...
yang merasmikan buku terbitan terbarunya bertajuk ROMLAH the untold story...
baru-baru ini...
dia yang tidak berambut itu...mudah dikenal pasti...
selepas event...aku keluar dengan dia...
dan member-member dia juga...
yang bukan perempuan...dan tidak juga yang menyamai perempuan...
buku lama dibuka kembali...gelak hilai mengekek kembali...
aku nak jumpa dia lagi...nak cerita pasal 'girl' yang comel itu..
Atil...

apa aku cerita ni?

Tok

aku meminta untuk bergambar dengannya..
setelah itu...
dia mengucapkan "terima kasih kerana sudi datang...jangan serik ya...datang lagi!"
aku tersenyum...
"tak apa Tok....saya tak kisah nak ambil gambar nie...memang tak pernah serik..."
uhh...aku salah faham lagi...

yeah~!

aku dah de katil baru...
yeay~!
bersaiz raja lagi...
lepas ni boleh la aku berguling-guling...uhh...
tak sabar nak balik rumah...
nak main guling-guling...
macam cerita hindustan...
enaknya~! ;P

wangi...

aku mahu menjaga bilik aku dengan baik...
jadi bau merupakan sesuatu yang penting bagi sesebuah bilik...
jangan bagi bilik itu berbau busuk...
biarlah ia wangi dan selesa...
dan aku juga merupakan seorang perokok...
disebabkan itu...aku membuat satu langkah bijak...
iaitu...
dengan merokok di bilik teman serumah aku...
dengan itu bau bilik aku terjaga...
sambil merokok boleh bertukar-tukar fikiran dengan dia...
bijak kan?hahaha~!

"bukan jahat ke?"kata orang itu...apape jelah...