Monday, November 3, 2008

wushu king~!

pergh~!
dah lama tak berjumpa kawan baik aku yang seorang ni
dia masih lagi membuat pengajian Arkitektur di salah sebuah Universiti tempatan...
UIA...ya...dia di situ..
dimana ada ramai gadis-gadis yang comel-comel...
dimana bibir aku akan sentiasa mengukir senyuman paling manis...
dimana ayat-ayat cinta beralun sumbang...
dimana...
ok...berbalik...
kawan aku ni lelaki...walaupun lelaki tetapi dia pun comel jugak...
dah semakin tembam...hahaha~!ada la dah pregnant 3 bulan agaknya...ekeke..
wat pertama kalinya setelah sekian lama..
aku berjumpa dengannya di malam Maskara Shorties...
yang merasmikan buku terbitan terbarunya bertajuk ROMLAH the untold story...
baru-baru ini...
dia yang tidak berambut itu...mudah dikenal pasti...
selepas event...aku keluar dengan dia...
dan member-member dia juga...
yang bukan perempuan...dan tidak juga yang menyamai perempuan...
buku lama dibuka kembali...gelak hilai mengekek kembali...
aku nak jumpa dia lagi...nak cerita pasal 'girl' yang comel itu..
Atil...

apa aku cerita ni?

Tok

aku meminta untuk bergambar dengannya..
setelah itu...
dia mengucapkan "terima kasih kerana sudi datang...jangan serik ya...datang lagi!"
aku tersenyum...
"tak apa Tok....saya tak kisah nak ambil gambar nie...memang tak pernah serik..."
uhh...aku salah faham lagi...

yeah~!

aku dah de katil baru...
yeay~!
bersaiz raja lagi...
lepas ni boleh la aku berguling-guling...uhh...
tak sabar nak balik rumah...
nak main guling-guling...
macam cerita hindustan...
enaknya~! ;P

wangi...

aku mahu menjaga bilik aku dengan baik...
jadi bau merupakan sesuatu yang penting bagi sesebuah bilik...
jangan bagi bilik itu berbau busuk...
biarlah ia wangi dan selesa...
dan aku juga merupakan seorang perokok...
disebabkan itu...aku membuat satu langkah bijak...
iaitu...
dengan merokok di bilik teman serumah aku...
dengan itu bau bilik aku terjaga...
sambil merokok boleh bertukar-tukar fikiran dengan dia...
bijak kan?hahaha~!

"bukan jahat ke?"kata orang itu...apape jelah...